Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

TULANG LEMBU GULAI KAWAH

Hari ni blur x tau nak masak apa .. tgk dlm freezer ada plk tulang lembu balance wat sup kemarin.. telek2 buku  1 HARI 1 RESEPI dari CHEF HANIELIZA tup2 mata tertumpu pada satu resepinya "daging Gulai Kawah". Oleh kerana yg ada dlm peti ais cuma tulang maka sy pon segeralah menyiapkan ramuan2nya.. tukar ajelah daging tu dgn tulang ttp jgk sama. cuma tulang tu sy rebus dulu biar empuk. So sy selitkan kt sini resepinya yer .


BAHAN A
500g daging lembu (saya guna 1kg tulang lembu, rebus dulu biar empuk. jgn buang airnyer)
2sb kerisik
2cwn santan pekat
2sb gula merah
2kpg asam gelugur
Minyak Masak
garam secukupnyer
Air secukupnyer (saya guna air rebusan tulang tadi)


BAHAN B (DIKISAR)
20bj cili kering (sy guna chilli pwder 2sb)
1sb rempah kari daging
1sk jintan manis
1sk jintan putih
7bj bwg merah
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas


BAHAN C (menumis)
1inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


Cara membuatnyer:-
-Rebus tulang sampai empuk. Simpan airnyer.
-Panaskan minyak dan tumis bhn menumis tadi hingga naik bau.
-masukkan bhn kisar dan tumis hingga pecah minyak. masukkan air rebusan tulang tadi bersama2 dgn tulang. Biarkan mendidih seketika.
-Masukkan santan pekat, kerisik, gula merah, asam gelugor, dan perasakan dgn garam secukupnyer.
-masak hingga mendidih dan pekat. Kacau sekali sekala.
-Tutup api. SIAP.











Friday, March 16, 2012

RENDANG DENDENG ALA HUSNA


RENDANG DENDENG ALA HUSNA

Bahan2 :-
1kg daging direbus dan dipotong nipis., tumbuk hirisan daging ngn lesung batu ckit.. lepas tu perap ngan kicap pekat (ABC ok gk)
Lada Kering (blender) - kuantiti ikut suka
10 ulas bwg merah ]
5 bj bwg besar       ] dimayang halus dan digoreng garing. tumbuk
2 labu bwg putih    ] lumat biar jd kerisik
1 inci halia muda - di tumbuk dan ambil airnya
asam jawa secukupnya
kicap
perasa
gula melaka


cara2nya :-
1. tumis lada kering hingga garing..
2. masukkan daging yg tlh diperap bersama kerisik bawang td.. sebatikan..
3. tmbah air asam jawa dan air halia td.
4. tmbah gula melaka... sebatikan.
5. Perasakan dgn garam dan aji..
6. biarkan rendang agk kering sedikit.. then siap..
RASANYA PEDAS2 MANIS...
SELAMAT MENCUBA :)

RENDANG DAGING KELIA


RENDANG DAGING KELIA

Bhn :-
600g daging
10 bj cili kering (kalau nk pedas + lacili padi ckit) - KISAR
15 ulas bwg merah -KISAR
5 ulas bwg puti -KISAR
6 bj buah keras -KISAR
2cm halia - KISAR
2cm lengkuas -KISAR
2 btg serai - dititik
1bj kelapa (ambil santan)
sedikit gula melaka
2 kps asam kpg
rempah 4 sekawan
daun kunyit - hiris halus
garam/gula/aji


cara2-
**tumis bhn yg dikisar hingga pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan serai.. biarkan hingga sedikit garing. kemudian, masukkan daging dan bhn2 lain kecuali daun kunyit. masak hingga daging empuk dan kuah sedikit kering.. kemudian masukkan daun kunyit.