Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

Friday, May 11, 2012

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE





CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE
Resepi asal dari Chef Alex Goh
Sumber : Kak Azlita Aziz


KEK SPAN OREN
Bahan A :-
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm sunquick
1 biji parutan kulit oren


Bahan B :- 
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair


1. Panaskan oven pada suhu 170 C
2. Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
3. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
5. Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
6. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
7. Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
8. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
9. Tuangkan adunan dalam loyang
10. Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
11. Keluarkan kek dari loyang setelah masak DAN  buangkan lapisan atas kek yang berkerak 
12. Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4cm dan sapukan bluberry filling.
13. Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm dan balut dengan cling film dan simpan dalam peti ais seketika.


KEK SPAN COKLAT
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor


Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan


1. Panaskan oven pada suhu 170 C dan sedikan loyang 8 inci
2. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
3. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
4. Dalam mangkuk lain, putar putih telur hingga kembang dan masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku,
5. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
6. Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
7. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
9. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
10. Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
11. Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.


STABILISED WHIPPED CREAM
2 sb gelatin
4 sb air
2 cwn whipping cream
1/2 cwn gula icing
1 sk esen vanila.


~Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
~Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
~Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
~Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
~Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
~Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlahan sehingga gelatin melarut 
~Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan


~Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
~Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
~Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
~Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
~Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi


Cara menyusun lapisan kek :-


~Letakkan kek span coklat di papan kek
~Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan
~Kemudian letakkan  kek oren roulade bluberry di atasnya
~ Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas dan letakkan selapis lagi kek span coklat
~Sapukan keseluruhan kek dengan cream
~Hias kek mengikut creativiti masing-masing.















Friday, March 30, 2012

MANGO MOUSSE CAKE


MANGO MOUSSE CAKE
KEK MOUSSE MANGGA


Bahan utk kek span vanilla
(A)
100ml air
5bj kuning telor
45ml minyak masak
70g gula kastor
140g tpg gandum/superfine ] ayak
1sk baking pwdr ] ayak
sedikit esen vanilla


(B)
5bj putih telor
70g gula kastor


Cara membuatnya :-
*Pukul air, minyak masak dan kuning telor hingga berbuih.
*Masukkan gula dan esen vanila, pukul hingga kembang
*masukkan tpg yg tlh diayak dgn baking pwder sikit2. ratakan..ketepikan..
*Dlm mangkuk berasingan, pukul putih telor hingga berbuih dan masukkan gula kastor. Pukul hingga adunan kental dan bertanduk.
*Satukan (B) ke (A) secara berperingkat, kaup balikkan dgn spatula hingga sebati.
*bakar secara steam bake selama 1jam pada suhu 160c.


Bahan utk mousse mangga
2 1/2sb serbuk gelatin tanpa perisa
300g puri mangga (mangga lecek)
280g double cream
5sb air sejuk
1 1/2sb jus lemon
3sb gula icing


Caranya :-
*Larutkan gelatin kedalam air suam. ketepikan
*satukan puri mangga dan jus lemon dan campurkan gelatin yg telah larut.
*Pukul double cream bersama gula icing hingga 90% kental. Kemudian, masukkan adunan puri mangga tadi serta ketulan mangga yg dipotong dadu (jika ada) sambil mengacaunya. Siap.


Cara menghias kek
*Bahagikan kek kpd 3 lapisan. Didalam round cake ring bersaiz 9" dan saputan mango mousse di atas tiap lapisan kek.
*Masukkan kek kedlm peti sejuk supaya mousse mangga keras sedikit.
*Keluarkan dan sapulahfresh cream ke seluruh kek.
*Susun hirisan mangga diatasnya dan sapukan jeli segera dgn berus.


















BAKED AMERICAN CHEESE CAKE

BAKED AMERICAN CHEESE CAKE
KEK KEJU BAKAR AMERIKA



Bahannya:-
(A) 
500g krim keju
125g gula halus
150ml double cream (dipukul)
4bj kuning telor SIZE B
1/2bj kulit lemon
90g tpg kek


(B) 
4bj putih telor
75g gula halus
1/2sb jus lemon
30g tpg jagung


Cara membuatnya:-
* Pukul krim keju hingga licin, tambahkan gula dan pukul sehingga kembang.
* Tambahkan double cream yg tlh dipukul tadi dan pukul hingga licin.
* Tambah kuning telor dan sebatikan.
* Tambah kulit lemon dan tepung.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
* Pukul putih telor, gula dan jus lemon hingga kembang. Tambahkan tpg jagung kedlm putih telor.
* Campurkan (A) ke dlm (B). Sebatikan.
* Kukus bakar ada suu 150c atau 300F selama 2 jam.
* Sejukkan dan hias ikut citarasa.




     





Wednesday, March 28, 2012

KEK COKLAT MOIST

KEK COKLAT LEMBAB



Bhn2 Kek :-
(A)
250g tpg gandum            ]
50g serbuk koko              ]
1sdk baking pwdr            ]  DIAYAK BERSAMA
1/2sdk soda bikarbonat    ]
secubit garam                 ]
(B)
190g butter
300g gula icing
1/2sdk esen vanilla
4bj telor
250ml susu cair/air sejuk

Cara2nyer :-
-panaskan oven pada suhu 180c
-Pukul butter n icing hingga kembang, masukkan telor n esen vanilla.. pukul lagi hingga gebu.
-masukkan tepung yg diayak td berselang seli ngan susu cair.. mix dan ratakan..
-masukkan dalam loyang kek dan hentak2kan supaya kek menjadi padat.
-bakar selama 1 - 1 1/2jam atau sehingga masak

Bahan utk FUDGE COKLAT
50g serbuk koko
125ml air
1cwn susu cair
200g gula
1/2sdk garam
1sdk esen vanilla
2bj kuning telor
60g tpg jagung
SATUKAN BAHAN DIATAS DAN MASAK DGN KAEDAH DOUBLE BOILER HINGGA PEKAT.. TUTUP API DAN MASUKKAN 60G MENTEGA. SEJUKKAN DAN TUANG ATAS KEK TADI.

ATAU LEH GUNA GANACHE GANTI NGAN FUDGE COKLAT
300g whipping cream tawar
30g syrup glucose
500g dark chocolate
PANASKAN WHIP CREAM DLM PERIUK HINGGA BERBUIH DITEPI DAN MASUKKAN COKLAT YG TLH DIDADU BERSAMA SIRAP GLUKOS. MASAK HINGGA COKLAT CAIR DAN SEBATI... SEJUKKAN DAN TUANG ATAS KEK TADI.

**p/s simpan kek yg tlh siap disapu fudge kedlm petisejuk selama 1jam sblm dihidangkan..

Friday, March 23, 2012

CARAMEL CAKE

KEK KARAMEL






Bhn A
2sdb gula pasir (utk wat gula hangus)
#tabur gula dlm loyang kek n masak atas api perlahan. Biar gula hancur n warnanya tukar jd perang. Ratakan keseluruh loyang. Kalau x rata tambah gula ckit.. ckit je k.. siap, ketepikan.

Bhn B
1/2tin susu cair (leh tambah kalo nak karamel tebal.)
70g gula kastor
1/2sdk esen vanilla
3bj kuning telor (kalo susu tambah, so telor pon kena tambah k)
#kacau semua bhn B perlahan2, jgn sampai berbuih yer nanti karamelnyer x menjadi. Masukkan B ni ke dlm loyang yg ada gula hangus td. ketepikan.

Bhn C (kek)
140g tpg gandum
70g gula kastor
3bj kuning telor
135ml air biasa
1sdk baking pwdr
45ml minyak masak
#pukul yolk, minyak n air hingga kembang. masukkan gula n pukul lg hingga 2x ganda naiknya. masukkan tpg n baking pwdr, gaul rata.

Bhn D
6bj putih telor
70g gula kastor
1sdk krin of tar tar
#pukul D sampai kembang dan bertanduk (bila diterbalikkan, adunan x jatuh). Campurkan C kpd D 4x masuk, kaup balikkan setiap kali dengan spatula hingga sebati.
#bhgkan kpd beberapa bhgn dan bolehlah letak perasa dan pewarna ikut kesukaan sendiri.
#masukkan adunan kedlm loyang td secara berselang seli atau ikut kreativiti sendiri
#bakar secara double boiler selama 1 jam pd suhu 160c-180c
*30min guna api bawah shj
*30minit lg guna api atas dan bwh
bila dh masak, rehatkan selama 10 minit barulah ditelangkupkan kek td.
sejukkan dlm peti ais selama 1jam dan bolehlah di makan...

Friday, March 16, 2012

PANDAN KASTAD KEK




PANDAN KASTAD KEK

Bhn2 utk kek span pandan :-
A     150g tpg kek
       150g gula kastor
       5bj telor
       1sdb ovallete
       1sdk baking pwdr
B      80ml susu segar
        1sdk pes pandan
        sedikit pewarna hijau
C      80ml minyak jagung/ mentega cair

cara2nya :-
1. Satukan A. Pukul hingga pekat dan gebu selama 15minit dgn high speed
2. Perlahankan speed dan masukkan B. Pukul lagi dgn high speed selama 5minit atau hingga adunan benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak dan ratakan dengan spatula.
4. Sediakan loyang ukuran 9", griskan dan lapikkan dgn kertas minyak..
5. Bakar adunan selama 45minit pada suhu 180c
6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terus telungkupkan diatas  redai kek.

BHN2 UTK KASTAD PANDAN
A     180g gula kastor
       500ml air daun pandan
       1sdb serbuk agar2
B     400m santan pekat
       85g tpg hoen kwee hijau
       1sdk pewarna hijau
       secubit garam
C     Kelapa kering utk hiasan

cara2nya ;-
1. Satukan bhn A. masak diatas api perlahan sehingga gula hancur
2. satukan B dan masukkan ke dlm A.. masak hingga mendidih dan pekat.
3. matikan api..

Potong kek kpd 3 lapisan..
masukkan kedlm loose tin... tuang kastad atas kek selapis demi selapis.. hentakkan agar adunan kastad padat dibawah. biar sejuk, barulah masukkan ke dlm peti ais.. stlh kastad mengeras, keluarkan dari loose tin dan hias dgn kelapa kering...
<3 HAPPY BAKING <3

TUTTI FRUTTI CAKE



TUTTI FRUTTI CAKE

Bhn A
600ml putih telor
275g gula kastor
1/4sdk garam
14g ovalet

Bhn B
300g tpg gandum AYAK BSAMA 1sdk baking pwdr
Bhn C
75g butter DICAIRKAN
Bhn D
Pewarna Kuning DGN perasa oren
pewarna hijau DGN perasa lemon
pewarna merah DGN perasa stoberi
pewarna coklat DGN coklat emulco

#SEDIAKAN AIR KUKUSAN.
#PUKUL PUTIH TELOR HINGGA KEMBANG KEMUDIAN MASUKKAN BHN2 LAIN. PUKUL HINGGA KENTAL
#MASUKKAN BHN B SIKIT2. PUKUL RATA
#TUANG BHN C DAN KACAU PERLAHAN DGN SPATULA
#BHGKN ADUNAN KPD 4 BHGN DAN WARNAKAN SERTA PERASAKAN TIAP BHGN. KEMUDIAN TIAP BHGN DI BHGKN DUA.
#SEDIAKAN LOYANG 9", SAPU BUTTER DAN ALAS KERTAS MINYAK.
#TUANG SATU BHGN DAN RATAKAN DAN KUKUS SELAMA 15MINIT. KUKUS SELAPIS SELAPIS.
#SEJUKKAN BARU DIPOTONG.