Friday, May 11, 2012

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE





CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE
Resepi asal dari Chef Alex Goh
Sumber : Kak Azlita Aziz


KEK SPAN OREN
Bahan A :-
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm sunquick
1 biji parutan kulit oren


Bahan B :- 
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair


1. Panaskan oven pada suhu 170 C
2. Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
3. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
5. Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
6. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
7. Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
8. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
9. Tuangkan adunan dalam loyang
10. Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
11. Keluarkan kek dari loyang setelah masak DAN  buangkan lapisan atas kek yang berkerak 
12. Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4cm dan sapukan bluberry filling.
13. Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm dan balut dengan cling film dan simpan dalam peti ais seketika.


KEK SPAN COKLAT
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor


Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan


1. Panaskan oven pada suhu 170 C dan sedikan loyang 8 inci
2. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
3. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
4. Dalam mangkuk lain, putar putih telur hingga kembang dan masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku,
5. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
6. Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
7. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
9. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
10. Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
11. Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.


STABILISED WHIPPED CREAM
2 sb gelatin
4 sb air
2 cwn whipping cream
1/2 cwn gula icing
1 sk esen vanila.


~Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
~Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
~Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
~Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
~Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
~Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlahan sehingga gelatin melarut 
~Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan


~Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
~Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
~Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
~Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
~Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi


Cara menyusun lapisan kek :-


~Letakkan kek span coklat di papan kek
~Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan
~Kemudian letakkan  kek oren roulade bluberry di atasnya
~ Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas dan letakkan selapis lagi kek span coklat
~Sapukan keseluruhan kek dengan cream
~Hias kek mengikut creativiti masing-masing.















No comments:

Post a Comment