Friday, May 11, 2012

CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE





CHOCOLATE BLUBERRY ROULADE TORTE
Resepi asal dari Chef Alex Goh
Sumber : Kak Azlita Aziz


KEK SPAN OREN
Bahan A :-
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm sunquick
1 biji parutan kulit oren


Bahan B :- 
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair


1. Panaskan oven pada suhu 170 C
2. Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
3. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
4. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
5. Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
6. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
7. Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
8. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah masak nanti
9. Tuangkan adunan dalam loyang
10. Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
11. Keluarkan kek dari loyang setelah masak DAN  buangkan lapisan atas kek yang berkerak 
12. Potong kek span oren kepada kepingan selebar 4cm dan sapukan bluberry filling.
13. Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm dan balut dengan cling film dan simpan dalam peti ais seketika.


KEK SPAN COKLAT
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor


Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan


1. Panaskan oven pada suhu 170 C dan sedikan loyang 8 inci
2. Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
3. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
4. Dalam mangkuk lain, putar putih telur hingga kembang dan masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku,
5. Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
6. Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
7. Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
9. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
10. Keluarkan kek segera setelah masak. Letakkan kek atas redai hingga ia sejuk
11. Potong kek span coklat kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.


STABILISED WHIPPED CREAM
2 sb gelatin
4 sb air
2 cwn whipping cream
1/2 cwn gula icing
1 sk esen vanila.


~Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
~Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
~Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
~Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
~Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
~Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlahan sehingga gelatin melarut 
~Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan


~Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
~Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
~Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
~Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
~Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi


Cara menyusun lapisan kek :-


~Letakkan kek span coklat di papan kek
~Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan
~Kemudian letakkan  kek oren roulade bluberry di atasnya
~ Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas dan letakkan selapis lagi kek span coklat
~Sapukan keseluruhan kek dengan cream
~Hias kek mengikut creativiti masing-masing.















AYAM PERCIK PUTIH




BAHAN2 :-
1 ekor ayam (dibelah 4)
3 cwn santan (1bj kelapa)
1/2 cwn air asam jawa
1 sk gula
Garam secukup rasa


BAHAN KISAR:-
5bj Bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 btg serai
2 sb ketumbar
1 sb jintan manis
1 sb lada hitam


Cara membuatnyer :-


1. Masukkan semua bahan didalam periuk.
2. Masak hingga pecah minyak dan pekat
3. angkat ayam dan bakar hingga ayam berminyak dan sedikit garing
4. Hidangkan dgn lebihan kuah tadi.


SWEET BUN



Sumber : Bake With Yen

Bahan2 :-
500g tepung roti (tanya kat kedai brg2 wt kek)
100g gula kastor
45g susu pekat manis
10g bread improver
11g yis
1bj telor
210ml air
60g butter/shortening


Campur semua bahan kering dan cecair. Uli sebati kemudian masukkan butter dan uli lagi hingga licin dan elastik. bahagikan kpd bentuk2 kecil dan susun la sosej... biarkan naik 2x ganda (2jam) baru lah pipe kan sos dan mayonis.. taburla mix vege dan oregano.. baru la dibakar pada suhu 180C selama 20minit.







Thursday, May 10, 2012

TULANG LEMBU GULAI KAWAH

Hari ni blur x tau nak masak apa .. tgk dlm freezer ada plk tulang lembu balance wat sup kemarin.. telek2 buku  1 HARI 1 RESEPI dari CHEF HANIELIZA tup2 mata tertumpu pada satu resepinya "daging Gulai Kawah". Oleh kerana yg ada dlm peti ais cuma tulang maka sy pon segeralah menyiapkan ramuan2nya.. tukar ajelah daging tu dgn tulang ttp jgk sama. cuma tulang tu sy rebus dulu biar empuk. So sy selitkan kt sini resepinya yer .


BAHAN A
500g daging lembu (saya guna 1kg tulang lembu, rebus dulu biar empuk. jgn buang airnyer)
2sb kerisik
2cwn santan pekat
2sb gula merah
2kpg asam gelugur
Minyak Masak
garam secukupnyer
Air secukupnyer (saya guna air rebusan tulang tadi)


BAHAN B (DIKISAR)
20bj cili kering (sy guna chilli pwder 2sb)
1sb rempah kari daging
1sk jintan manis
1sk jintan putih
7bj bwg merah
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas


BAHAN C (menumis)
1inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


Cara membuatnyer:-
-Rebus tulang sampai empuk. Simpan airnyer.
-Panaskan minyak dan tumis bhn menumis tadi hingga naik bau.
-masukkan bhn kisar dan tumis hingga pecah minyak. masukkan air rebusan tulang tadi bersama2 dgn tulang. Biarkan mendidih seketika.
-Masukkan santan pekat, kerisik, gula merah, asam gelugor, dan perasakan dgn garam secukupnyer.
-masak hingga mendidih dan pekat. Kacau sekali sekala.
-Tutup api. SIAP.











Thursday, April 19, 2012

How To Make Marzipan Decorations

How To Make Marzipan Decorations: Video : Marzipan decorations are really simple and give you a pretty look. The expensive marzipan decorations can also be made by you. This video helps to make carrot and pencil marzipan decorations for the cake. Cake Decorating.

Friday, March 30, 2012

MANGO MOUSSE CAKE


MANGO MOUSSE CAKE
KEK MOUSSE MANGGA


Bahan utk kek span vanilla
(A)
100ml air
5bj kuning telor
45ml minyak masak
70g gula kastor
140g tpg gandum/superfine ] ayak
1sk baking pwdr ] ayak
sedikit esen vanilla


(B)
5bj putih telor
70g gula kastor


Cara membuatnya :-
*Pukul air, minyak masak dan kuning telor hingga berbuih.
*Masukkan gula dan esen vanila, pukul hingga kembang
*masukkan tpg yg tlh diayak dgn baking pwder sikit2. ratakan..ketepikan..
*Dlm mangkuk berasingan, pukul putih telor hingga berbuih dan masukkan gula kastor. Pukul hingga adunan kental dan bertanduk.
*Satukan (B) ke (A) secara berperingkat, kaup balikkan dgn spatula hingga sebati.
*bakar secara steam bake selama 1jam pada suhu 160c.


Bahan utk mousse mangga
2 1/2sb serbuk gelatin tanpa perisa
300g puri mangga (mangga lecek)
280g double cream
5sb air sejuk
1 1/2sb jus lemon
3sb gula icing


Caranya :-
*Larutkan gelatin kedalam air suam. ketepikan
*satukan puri mangga dan jus lemon dan campurkan gelatin yg telah larut.
*Pukul double cream bersama gula icing hingga 90% kental. Kemudian, masukkan adunan puri mangga tadi serta ketulan mangga yg dipotong dadu (jika ada) sambil mengacaunya. Siap.


Cara menghias kek
*Bahagikan kek kpd 3 lapisan. Didalam round cake ring bersaiz 9" dan saputan mango mousse di atas tiap lapisan kek.
*Masukkan kek kedlm peti sejuk supaya mousse mangga keras sedikit.
*Keluarkan dan sapulahfresh cream ke seluruh kek.
*Susun hirisan mangga diatasnya dan sapukan jeli segera dgn berus.


















BAKED AMERICAN CHEESE CAKE

BAKED AMERICAN CHEESE CAKE
KEK KEJU BAKAR AMERIKA



Bahannya:-
(A) 
500g krim keju
125g gula halus
150ml double cream (dipukul)
4bj kuning telor SIZE B
1/2bj kulit lemon
90g tpg kek


(B) 
4bj putih telor
75g gula halus
1/2sb jus lemon
30g tpg jagung


Cara membuatnya:-
* Pukul krim keju hingga licin, tambahkan gula dan pukul sehingga kembang.
* Tambahkan double cream yg tlh dipukul tadi dan pukul hingga licin.
* Tambah kuning telor dan sebatikan.
* Tambah kulit lemon dan tepung.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
* Pukul putih telor, gula dan jus lemon hingga kembang. Tambahkan tpg jagung kedlm putih telor.
* Campurkan (A) ke dlm (B). Sebatikan.
* Kukus bakar ada suu 150c atau 300F selama 2 jam.
* Sejukkan dan hias ikut citarasa.